Permatang Pauh: Kes remaja wanita berusia 19 tahun yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan seorang lelaki maut, Selasa lalu, ki...




Permatang Pauh: Kes remaja wanita berusia 19 tahun yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan seorang lelaki maut, Selasa lalu, kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mendapat arahan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya negeri.

Sumber berkata, sebelum ini kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan selepas kertas siasatan disiapkan pihak pendakwaan mahu siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenainya.
Bagaimanapun, beliau berkata,  kertas siasatan berkenaan kes akan dihantar semula kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

 "Kita mahu suspek dituduh dengan segera memandangkan kes ini mendapat liputan meluas serta membabitkan kepentingan awam," katanya kepada Harian Metro, di sini.
Dalam kemalangan itu, Mohamad Fandi Rosli, 26, maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 134, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Permatang Pauh, angkara remaja itu.

Remaja terbabit didapati positif dadah dan sudah dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Jumaat lalu mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah berbahaya 1952 namun mengaku tidak bersalah.
Suspek kemudian dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin.

Sumber: HMetro

Malaysia disenaraikan sebagai negara keempat paling gembira di Asia. Senarai itu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh 2017 World ...



Malaysia disenaraikan sebagai negara keempat paling gembira di Asia.

Senarai itu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh 2017 World Happiness Report yang turut menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-42 paling gembira antara 155 negara lain.

Berita baiknya, Malaysia naik lima anak tangga dari senarai tahun lepas.

Laporn tersebut - yang bermula pada 2012 - dikeluarkan oleh Sustainable Solutions Network dan berdasarkan data yang dikumpul oleh Gallup World Poll.

Di tangga pertama negara paling gembira di Asia adalah Singapura yang menduduki tangga ke 26 bagi peringkat global.

Tangga kedua dan ketiga bagi peringkat Asia pula masing-masing diduduki oleh Thailand dan Taiwan.

Dalam peringkat global, Norway berjaya menjadi negara paling gembira didunia diikuti oleh Denmark, Iceland dan Switzerland.

Menurut NST, seramai 3,000 responden dari setiap negara diambil untuk kajian ini.


Sumber: NST